Dalam budaya Jepun, kebiasaannya mereka akan memulakan ayat salam perkenalan untuk pertama kali berjumpa dengan menyebut Hajimemashite ( はじめまして)
Kemudian diikuti nama, asal, umur dan sebagainya. Di akhir ayat sebagai penutup mereka akan menyebut Douzoyoroshiku onegaishimasu (どうぞよろしく おねがいします) yang bermaksud sila beri tunjuk ajar.
Mari saya beri satu contoh bagaimana utk memperkenalkan diri dlm Bahasa Jepun utk kali pertama:
Hajimemashite (salam perkenalan).
Watashiwa aimandesu (nama sy aiman)
Watashiwa ichinenseidesu (sy tingkatan 1)
Kluang kara kimashita ( berasal dr kluang)
Douzoyoroshiku onegaishimasu ( sila beri tunjuk ajar)
はじめまして。 わたしは アイマンです。
わたしは いちねんせいです。クルアンからきました。
どうぞよろしく おねがいします。
Ini adalah contoh memperkenalkan diri yang paling asas dan ringkas.
SELAMAT MENCUBA!! ;-)
1 comment:
I see..arigato
Post a Comment